Kata kata Aluan oleh Pengasas MORA Kaunseling.
MORA KAUNSELING:
KAUNSELING ONLINE
KAUNSELING KHUSUS PENAGIHAN DADAH/ALKOHOL
KAUNSELING INDIVIDU
KAUNSELING REMAJA
KAUNSELING KERJAYA
KAUNSELING PERKAHWINAN
KAUNSELING KELUARGA
KAUNSELING KELOMPOK/GROUP
SEMINAR KAUNSELING
Cr Mohamad Hassan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kaunseling penagihan dadah dan penagihan penagihan lainnya seperti alkohol dan ubat batuk, menghidu gam dan tingkah laku luar biasa ekoran gejala sosial seperti bohsia dan mat rempit.
Hampir 70 peratus rekod menunjukkan segala permasalahan diatas berjaya dipulihkan secara peribadi oleh Cr. Mohamad Hassan dengan kos yang berpatutan.
Jangan ragu ragu untuk memulakan langkah anda sekarang mengambil jalan mudah pemulihan bersama kaunselor anda Cr Mohamad Hassan atau memberitahu rakan rakan serta keluarga dan saudara mengenai ujudnya perkhidmatan ekslusif yang disediakan ini.
Langkah pertama pemulihan bermula dengan anda dan dari response yang diterima serta program terancang berserta ''backup'' pelbagai lagi badan juga instrument sokongan yg menanti anda yang menyertai program kaunseling bersama Cr Mohamad Hassan maka kejayaan sudah dalam genggaman anda.
PENGUNGUMAN OLEH PENGASAS
Pengamal Professional anda Cr. Mohamad Hassan akan menulis secara harian berturutan diblog ini yg di update daily. Diharap pengunjung dapat memberi kerjasama dengan memberikan komen [comment] di ruangan bawah ikon comment bagi blog ini.
Cr. Mohamad Hasan akan membuat folow-up terhadap komen yg dibuat atau untuk memudahkan runding-cara boleh juga dilakukan di ruangan shout-box yg tersedia.
Sekian Terimakasih
Objektif -
•Memberi peluang kepada klien untuk membina kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna.
- •Meliputi isu-isu perkembangan, analisis masalah dan penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan kefahaman kendiri, memperkukuh kekuatan emosi, meningkatkan hubungan serta menggalakkan interaksi antara individu lain.
- •Sebagai fasilitator klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati digniti diri, nilai dan keupayaannya.
Jenis-jenis Kaunseling
1) Pendekatan krisis- Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan daripada kaunselor dan pihak atasan. Pendekatan ini memaksa kaunselor bertindak serta merta kepada krisis yang timbul. Oleh itu, tujuan pendekatan ini ialah untuk menangguh tindakan agar tidak sampai ke tahap yang kritikal.
2) Pendekatan pemulihan-Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan yang dapat dikenal pasti dari masa ke semasa. Ia juga dijalankan dengan harapan dapat mengubah tingkah laku terhadap masalah yang dialami contohnya, merokok, melawan guru dan ponteng sekolah.
3) Pendekatan pencegahan- Pendekatan ini berdasarkan persepsi bahawa satu-satu masalah itu sampai ke tahap krisis usaha dijalankan untuk menghalangnya seperti mengadakan kempen, ceramah atau kem.
4) Pendekatan pengembangan- Pendekatan ini adalah satu usaha untuk mengenal pasti kebolehan dan keperluan pelajar di alam persekolahan. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan kurikulum an kokurikulum diberikan bagi memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenali diri mereka dan berkembang. Pendekatan ini amat diutamakanBagi bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah seperti berikut :
-Perkembangan agama dan moral
-Perkembangan psikososial
-Perkembangan kognitif dan afektif
-Perkembangan fizikal dan seksual
-Perkembangan profesi dan kerjaya
DADAH - Nasihat kepada masyarakat
Nasihat kepada masyarakat|| |
|
-masyarakat harus menerima penagih yang telah insaf dengan hati terbuka-ini untuk mengelakkan mereka tertekan lalu terjerumus dengan dadah sekali lagi-masyarakat tidak rugi dengan melabur kepercayaan kepada mereka malah menaikkan semangat dan motivasi diri mereka-masyarakat harus memberi sokongan dan galakan serta memberi peluang pekerjaan atau menjalinkan hubungan sosial dengan mereka-masyarakat harus melaporkan sebarang aktiviti pengedaran dadah atau penagihan dadah kepada pihak berkuasa seperti polis dan agensi dadah kebangsaan -kerjasama masyrakat adalah sangat diallu alukan demi keharmonian masyarakat dan negara amnya -ini turut membanteras kes kes jenayah dan kes keruntuhan moral yang lain.
No comments:
Post a Comment